BERSEDIA ATAU TIDAK??? COUPLE2 SILA BACA:)

Anda telah bersedia bercouple jika….Niat anda memang untuk berkahwin dengan ‘sidia’ demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya,anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

Anda telah bersedia bercouple jika….
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi ,berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya,anda belum bersedia untuk bercouple jika…Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif.

Anda telah bersedia bercouple jika….
sudah lepas ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya,anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih kandas ilmu fardhu ain.Mengaji Al-Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan.

Anda telah bersedia bercouple jika….
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu ,berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.

Sebaliknya,anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Mengucap dua kalimah syahadat pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang…aduhai!

1 comment:

laskar pelangi said...

nak couple lepas kahwin nantilah:)