AURAT???WANITA







1. Bulu kening: Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan yang yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening” Riwayat Abu Daud fi Fathil Bari.

2. Kaki(tumit kaki): “Dan janganlah mereka (perempuan) membentak kaki(atau mengangkatnya)agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
An-Nur:31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian: “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati satu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.Dada: “Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur:31

5. Gigi: “Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani.

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang merubah ciptaan Allah” Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher: “Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu.
” 
Keterangan: Bersolek(make up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan tangan: “Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.”riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An-Nur:31.

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut(suara): “Janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik2.” Al-Ahzab:32.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan: “Dan katakanlah kepada perempuan2 mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.” An-Nur:31

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu2 yang ia kehendakinya.” Riwayat al-Bazzar.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad , Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang/ketat/membentuk dan berbelah/ membuka bahagian2 tertentu.

“Hai Nabi2, katakanlah kepada isteri2mu,anak perempuanmu, dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu mudah dikenali.lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”
Al-Ahzab:59

13.Rambut: “Wahai anakku Fatimah!Adapun perempuan2 yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan muslim.

No comments: