UFO mendarat di KUALA LUMPUR??







PENCERAHAN : PEMBONGKARAN RAHSIA UFO


Adakah ia - WUJUD ?




Unidentified Flying Object ataupun "Pesawat Terbang yang tidak dikenal pasti" .

Kenyataannya - U.F.O ini telah pun banyak kelihatan di seluruh dunia,dan telah pun bnyk kali dihinggapi oleh lensa-lensa kamera penduduk Dunia.Malahan,bagi mereka-mereka yang berkerja di udara misalnya - Pilot pesawat antarabangsa komersial telah bnyak merekod kan penemuan mahupun penampakan Pesawat-pesawat pelik yang berupa seperti "loceng" , "segitiga" ,mahupun bentuk "Silinder".

Ia sudah sinonim dengan terma Mahluk Asing,Extra Terestrial dan juga datang dari Angkasa Lepas.

Berikut di bawah adalah antara keratan-keratan Akhbar Malaysia berkenaan U.F.O.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

http://berita-harian-online.com/terkejut-lihat-piring-terbang/


APAKAH ITU U.F.O

Sebelum meletakkan apa-apa tafsiran kepada objek ini,seharusnya 2 kriteria ini haruslah dipatuhi :-

1) ia adalah sejenis PESAWAT TERBANG

2) ia bukanlah datang dari Angkasa Lepas (sudah pasti langsung tiada kaitan dengan MAHLUK ASING)

Jadi jika ia bukanlah dari Angkasa Lepas,dari manakah Asal usul nya ?


MANUSIA DISEBALIK TEKNOLOGI

Ia sebenarnya adalah Hasil dari Penyelidikan Teoknologi dari seorang Manusia bernama Viktor Schauberger.(Gambar)

Viktor Schauberger adalah seorang Ahli Sains berbangsa Austria yang aktif pada separuh pertama Abad ke 19.Serba sedikit tentang beliau,beliau adalah seorang yang berjanggut tebal dan perwatakan mesra, tetapi mempunyai sifat Keyakinan yang tinggi terhadap Ideanya dan juga kebolehan dirinya sendiri.


KAJIAN SCHAUBERGER

Viktor Shcauberger dalam tesisnya, ‘Das Geheimnis der Eiform’ (The Secret of the Eggform / Rahasia bentuk telur) yang ditulis pada tahun 1944, mengisahkan tentang teknologi REPULSINE.

Schauberger menerangkan bahwa ia telah menemukan mekanisme gerak yang masih asing dalam dunia fizik dengan memanipulasi H2O (air) dalam suatu wadah berbentuk telur (eggform). Dengan gerakan sentrifugal H2O akan membentuk H3O+ (hydronium ion positif) -yang Schauberger sebut dengan istilah Sauerstoff/Oxygenes- dan OH- (hydroxyl ion negatif). Seiring bertambahnya jumlah revolusi(putaran), atom-atom mulai terpecah, ia mulai memancarkan panas (radiate), ketika revolusi pada bagian terluar eggform itu mencapai jumlah maksimum (critical) ion-ion itu segera meleset keatas langit dengan kecepatan luar biasa. Mekanisme itu menghasilkan Tenaga Kinetik (seorang Ahli Fizik moden bernama Harold Aspden telah melakukan percubaan ini dan ia telah berhasil, boleh lihat disini -www.energyscience.co.uk/essays/ese01a.htm)

Untuk lebih jelasnya: Schauberger mencipta diferensial tekanan aerodinamiK antara permukaan luar dan dalam casing sehingga terciptalah apa yang disebut sebagai Coanda Effect. Pada kecepatan yang lebih tinggi ia menjadi seperti generator elektrostatiK (tegangan tinggi) karena adanya partikel-partikel di udara dan dengan semakin cepatnya revolusi ia akan berpendar karena efek ionisasi.

Ia pernah dijemput oleh Adolf Hitler pada bulan Jun 1934 untuk membincangkan tentang Kehutanan, Agrikultur, dan Teknik Pengairan (water engineering). Hitler mengagumi cara-cara radikal Schauberger dalam memanfaatkan Tenaga Air. Ia telah ditawarkan untuk bekerja bersama Nazi German namun ia menolaknya pada ketika itu. Pada tahun 1941 ia bergabung dalam kumpulan Pereka Messerschmidt dan Heinkel untuk memperbaharui sistem Pendingin Mesin Pesawat mereka.

FAKTA :
Messerschmidt dan Heinkel adalah pereka pesawat terbang Supersonik Pertama di Dunia yang melepasi Batasan Kelajuan Bunyi iaitu pada 9 April 1945 menggunakan Pesawat Messerschmitt Me 262.


APLIKASI TEKNOLOGI

Pada tahun berikutnya, sistem Propulsi Repulsine dibuat, tujuan awalnya adalah sebagai mesin kapal Selam / U-Boot (Type IX dapat meluncur 17 knot dalam air). Sistem Propulsi itu melebihi apa yang diharapkan, teknologi Repulsine itu juga telah diadaptasi pada teknologi pesawat terbang iaitu mesin yang dinamakan sebagai - Flugkreisel.
(gambar)

Teknologi ini kemudian diadaptasi oleh mesin Flugkreisel dan kemudiannya digunakan oleh Luftwaffe (angkatan udara) Nazi German.

Dr. W. O. Schumann, rakan Schauberger dari Thule Gesellschaft, telah menyempurnakan Repulsine dan digunakan dalam berbagai Rekaan mesin terbang seperti Vril-1, RFZ 6 (Haunebu 1), Haunebu 2, dan Haunebu 3.
(gambar)

Haunebu merupakan pesawat Terbang berbentuk bulat yang menggunakan teknologi pesawat rejangan Repulsine dan mampu 'Take Off" (berlepas) dalam keadaan menegak (perpendicular to earth surface) .

Projek ini juga kemudiannya dimajukan oleh Tentera Nazi German di bawah Project Die Glocke/The Bell iaitu rekaan Senjata berbentuk seperti Loceng - disebabkan itulah ia dinamakan Die Glocke (bermaksud loceng).

Ini kerana semasa Era Perang Dunia ,German telah menghadapi kesukaran dalam persenjataan Udara disebabkan oleh serangan Tentera Bersekutu terhadap Lapangan2 Terbang German.

Inventasi rekaan pesawat penerbangan ini menyelesaikan Masalah kesukaran pesawat untuk berlepas - kerana ia boleh berlepas dengan secara menegak dan efektif, lebih2 lagi Teknologi ini di bina di dalam Gua yang menjadi Makmal Rahsia Nazi.


PART 1 - AKHIR .

Kepada pembaca - bukakan fikiran dan lapangkan dada.

Akhir zaman ini -
Realiti dan Fiction,
Halal dan Haram,
Yang benar dan Yang Batil,

sudah sukar di BEZAKAN.

"FITNAH HEBAT SEHINGGA SELURUH DUNIA PERCAYA AKAN KEWUJUDAN MAHLUK ASING."

Ini hanya salah satu dari kebanyakan entiti yang dirahsia kan dari Umum.

Kami memberikan nama , dan fakta untuk di Fikirkan - bukan untuk diterima dan diperdebatkan.

Bagi para pengkaji boleh meluruskan kajian - ada yang dibongkar dan ada yang kekal terahsia.

1 comment:

cinta siswi said...

betol kah??? curious jgk siswi..hihi.. :)