BERSANGKA BAIKLAH MANUSIA...









✿~ Kamu nampak mereka berdua, bergaul bebas..berdua-duaan, terus terdetik di hati, "Huh! tak malu buat MAKSIAT depan orang ramai..". Rupanya mereka adalah SUAMI ISTERI..

✿~ Kamu nampak wanita itu TIDAK MENUTUP AURAT, terus ucap di bibir, "Menentang HUKUM Allah AHLI NERAKA..". Mungkin dia tidak tahu yang "FREE HAIR" itu telah membuat Allah marah..

✿~ Kamu melihat seorang pemuda berlari sehingga terlanggar seorang pakcik tua di tepinya, dan kamu berkata, "Dia ni, tak beradap langsung..KURANG AJAR..". Rupa-rupanya dia BERUSAHA menangkap pencuri..

>>> Kamu asyik melihat orang lain, melihat KESILAPAN dan KESALAHAN mereka..begitu, begini..rupanya kamu telah JAUH dari Allah dan TERLUPA keadaan dirimu BAGAIMANA..maka, BERSANGKA BAIKLAH..♥♥

“Wahai orang-orang yang beriman! JAUHILAH kebanyakan dari SANGKAAN (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan JANGANLAH kamu MENGINTIP atau mencari-cari KESALAHAN dan KEAIBAN orang; dan janganlah setengah kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan BERTAQWALAH kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat : 12)