Humanitarian Care Malaysia Berhad (dahulunya dikenali sebagai Aqsa
Syarif Berhad) melalui sekretariat Rose2Rose (R2R) akan menganjurkan
Walkathon - 'Rose2Rose Walk For Humanity' pada 05 April 2015 (Ahad) di
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Untuk Walkathon ini kami
menganggarkan penglibatan seramai 2, 500 orang daripada semua latar
belakang.
LATAR BELAKANG
Sekretariat
Rose2Rose di bawah Aqsa Syarif Berhad telah mensasarkan kutipan dana
berjumlah RM1.5 juta untuk disalurkan sebanyak RM500,000 kepada setiap
negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya. Projek dari wanita Malaysia
untuk wanita dan kanak-kanak di 3 buah negara tersebut telah dilancarkan
pada Oktober 2013. Pelbagai program penjanaan dana telah dilaksanakan
iaitu Makan Malam Amal Rose2Rose pada 7 Disember 2013 dengan kutipan
RM600,000, bazar jualan amal di Mydin USJ dan juga flashmob di sekitar
Kuala Lumpur.
Bagi mencapai sasaran tersebut,
beberapa program lain dicadangkan termasuklah program walkathon amal.
Oleh itu, Sekretariat Rose2Rose mencadangkan agar program Rose2Rose Walk
For Humanity ini dilaksanakan bagi meneruskan usaha mengutip dana
tersebut.
Maklumat Program :
TARIKH :
5 APRIL 2015, AHAD
LOKASI :
TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
ANGGARAN PENYERTAAN :
2500 PESERTA DARI SEMUA KATEGORI MELIPUTI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DAN BANGSA.
TEMA WALKATHON :
“WALK FOR HUMANITY”
OFFICIAL FB PAGE : https://www.facebook.com/ myrose2rose
WEBSITE : http://aqsasyarif.org.my
INSTAGRAM : @rose2roseofficial
HASHTAG : #walk4humanity2015
BAYARAN ATAU SUMBANGAN BOLEH DIBUAT KEPADA :
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
Maybank : 5642 5856 0698
CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR :
PENDAFTARAN SECARA MANUAL, HUBUNGI : ZUNNUR (013-240 7200) ATAU FARAH (019-605 2699)
PENDAFTARAN SECARA ONLINE : LINK AKAN DIBERI KEMUDIAN
Menjadi
harapan besar agar program kutipan dana melalui konsep walkathon ini
dapat menembusi lapisan masyarakat yang baru bagi meningkatkan kesedaran
tentang isu kemanusiaan di Palestin, Syria dan Rohingya. Sesungguhnya
isu kemanusiaan merentasi bangsa dan agama.
Semoga Allah meredhai usaha kecil ini dalam membantu saudara-saudara kita yang tertindas.
No comments:
Post a Comment