Post ke 600 :) Hiburan itu indah tapi jika MELALAIKAN boleh jadi barah




Di sebuah negara yang indah, anak muda tampil dengan pelbagai idea dan gaya. Tidak salah meminati sesuatu perkara tetapi jangan terlalu ikutkan jiwa.  Jati diri dan keterusan nilai budaya mungkin boleh terhakis tanpa kita sedar. Mungkin secara kasarnya kita BEBAS dari penjajahan, tapi adakah kita BEBAS dalam mentaliti atau masih dijajah. Arus globalisasi memungkinkan segalanya. Hanyut dengan hiburan yang melalaikan seringkali dipandang remeh. tapi ia boleh menyebabkan barah pada negara yang kian tenat. Belia penggerak masa depan negara, tunjang kelangsungan keharmonian negara, dan merupakan nadi bangsa . saya menyeru rakan rakan mengambil langkah proaktif membina negara berinovasi agar kita maju selangkah didepan negara negara membangun. Selamat berinovasi !!!!!

No comments: