Kita Punya Jarak Selagi Belum Halal (khas untuk dia)


Assalamualaikum... penat sangat minggu ni...  hari ni.. kita just nk tengok MAKSUD "jarak" jarak tu kalau nk definasikan macam ruang... antara A dengan C akan ada huruf B..  kalau masing2 tau JARAK... insyaAllah takkan timbul masalah pergaulan bebas n perkara2 yang lain...  memang nmpk macam remeh.. tapi bila dh terjadi... baru nk menagis nangis.. buat apa bazirkan air mata.. kalau kita dh tau side effect... so avoid la awal2... sebab sekarang ni.. kes2 sosial meningkat dengan drastik... so semua kena faham apa maksud "JARAK" .. simpan cintamu untuk yang halal dan berhak.. "HALAL" di sini ialah dengan pernikahan sebab disitulah tanggungjawab keatas perempuan itu berpindah daripada ayahnya kepada suaminya... perlu di ingatkan.. perempuan boleh jadi peneman suami di syurga atau bakal menarik suaminya ke neraka.. mereka dikurniakan akal untuk berfikir...dan menilai.. so buat lah PILIHAN yang tepat..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

[1] Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
[2] Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
[3]Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
[4] Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
[5] Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
[6] Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.
[7] Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .
[8]Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


No comments: