Polisi dan Kematangan Mahasiswa

Pelbagai agenda telah dilaksanakan..pemansuhan pelbagai polisi yang di fikirkan tidak relevan seiring dengan tranformasi negara seharusnya disambut dengan kematangan rakyat menerima baik pemansuhan ini bukan dengan menggunakan peluang ini untuk menabur kaca atau butir butir  tajam yang bakal menikam mereka kelak. Mahasiswa seharusnya sedar dari tidur bahawa mereka berada di arus globalisasi yang tak kenal kawan mahupun lawan menghambat mereka yang tidak mampu bangun dari hanyut dimanipulasikan oleh orang orang yang berkepentingan. Seharusnya Mahasiswa mengembling tenaga mengubah corak kehidupan dan budaya hidup mereka yang sering dikaitkan dengan masalah sosial tidak kira IPTA mahupun IPTS kerana modal insan yang sempurna lahir daripada pendidikan yang sempurna bukan sahaja mementingkan lahiriah semata mata tetapi rohani. Dalam meneroka perubahan undang undang, anjakan juga perlu dilakukan mengenai daya permikiran yang matang dalam membuat kesimpulan.. tidak hanya mengikut kawan yang masih tidak tahu hala tuju... memperjuangkan hak yang batil.. melanggar tatasusila bangsa..itu bukan CARA MAHASISWA BERFIKIR... berfikirlah seribu langkah kehadapan kerana setiap satu langkah itu amat bermakna..dan berhati hatilah bila melangkah..jangan terkena jerangkap samar.

No comments: