Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.


Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.

1) Kesilapan Pertama – Bagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.
2) Kesilapan Kedua – Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?
3) Kesilapan Ketiga – Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…
4) Kesilapan Keempat – Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?
5) Kesilapan Kelima – Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.
6) Kesilapan Keenam – Bertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?
7) Kesilapan Ketujuh – Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..
8.) Kesilapan Kelapan – Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..
9) Kesilapan Kesembilan – Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..


selamat ber amal!!!

No comments: