PENTING!!! jom uSha... BErsIH Atau KoTor??

Dalam Buletin Utama jam 8 malam tadi, dilaporkan jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur (KL) ditutup kepada lalulintas pada 9 Julai 2011 (Sabtu) bermula jam 12.01 pagi hingga 10 malam. Difahamkan, penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur (KL) itu adalah untuk menghalang penyokong-penyokong BERSIH 2.0, Perkasa dan Patriot dari berhimpun di Stadium Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Bagaimanapun mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan diberi pengecualian.

Senarai jalan-jalan yang ditutup sekitar Kuala Lumpur (KL) ialah


— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

(sumber : The Malaysian Insider )


Operasi perkhidmatan bas juga turut dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Hentian Duta.



KUALA LUMPUR 7 Julai - Perkhidmatan bas di tiga terminal bas utama di sekitar Kuala Lumpur akan beroperasi sementara di terminal lain mulai awal Sabtu ini, menurut polis hari ini.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya akan dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan pada Sabtu ini.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta pada hari tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan lalu lintas dan anggota trafik yang membuat kawalan di lokasi-lokasi berkenaan diperlukan.

"Orang ramai yang tidak ada urusan penting di pusat bandar elakkan dari menuju ke pusat bandar pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya. - Bernama

No comments: