bila FELDA ingin mula menyumbang kepada masyarakat??

Tahniah FELDA kerana berjaya menjadi sebahagian daripada bursa malaysia dgn lonjakan saham selepas di dagangkan..

Pelaksanaan penyenaraian syarikat milik Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (Felda Global) itu sebenarnya memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malah, katanya, penyenaraian syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran gula tersebut juga telah mematuhi garis panduan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

"Sebahagian besar penyenaraian itu memberi faedah kepada Bumiputera termasuk kepada golongan peneroka Felda sendiri iaitu melalui pegangan saham sebanyak 20 peratus dalam MSM melalui Koperasi Permodalan Felda.

"Ia merupakan satu pelaksanaan yang baik yang turut memberi faedah kepada pelabur tempatan dan asing.

"Malah, langkah penyenaraian MSM turut memberi peluang yang besar kepada Felda Global dan Kumpulan Felda secara keseluruhannya untuk meneroka bidang baru selain bidang teras perniagaannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan prospektus MSM Holdings Bhd. di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Group, Datuk Sabri Ahmad dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd. Isa Sabu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group Bhd., Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Chua Say Sin.

MSM akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun depan dan akan menutup tawaran runcitnya pada 13 Jun ini.

Melalui tawaran awam permulaan (IPO), MSM akan menerbitkan 234.564 juta saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan ia dijangka mengumpul dana sebanyak RM792.9 juta.

Sebanyak 28.12 juta saham diperuntukan kepada pelabur runcit pada harga lebih rendah daripada harga institusi, iaitu 97 peratus daripada RM3.38 sesaham.

Berdasarkan harga runcit pada RM3.38 sesaham, pelaksanaan IPO itu dijangka mengumpul dana sebanyak RM422.5 juta untuk MSM.

MSM merancang untuk menggunakan modal pasaran tersebut bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan perbelanjaan modal.

CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB Investment) dilantik sebagai penasihat utama dan koordinator global tunggal MSM untuk penyenaraian tersebut.

Sementara itu, Muhyiddin dalam teks ucapannya berkata, penyenaraian MSM akan merangsang dan membuka mata komuniti pelaburan antarabangsa.

Katanya, ia meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam syarikat-syarikat mewah tempatan (blue chip companies).

Sumber : Utusan Online



Dengan ini saya rasa FELDA sudah mula boleh menyumbang kepada masyarakat malaysia yang masih didalam kemiskinan kerana peningkatan htaraf hidup mereka yang cukup drasyik dalam 30 tahun. Wahai rakan2 FELDA sedarlah : bantulah bangsamu yang masih didalam serba kekurangan yang bukan daripada golongan peneroka tapi masih merempat di tepi2 jalan2...



Disamping itu perlu kita ketahui bahwa harta yang diberikan oleh Allah swt. kepada seseorang itu di dalamnya terdapat hak milik fakir miskin yang dititipkan oleh Allah swt. kepadanya. Hal ini telah diterangkan oleh Allah swt. dalam Al Qur'an surat Adz Dzaariyaat ayat 19:

وَفِى أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّآئِلِ وَالْمَحْرُوْمِ.

"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian"

Harta orang miskin yang dititipkan oleh Allah swt. pada orang-orang kaya itu harus dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak, baik berupa zakat wajib maupun zakat sunnat, agar harta orang-orang kaya tersebut menjadi halal, karena tidak lagi tercampur dengan hak milik orang-orang miskin. Jadi zakat ini mempunyai peranan yang penting sekali untuk membuat harta yang kita miliki menjadi barokah karena zakat juga merupakan elemen yang menjadikan harta itu bisa memberikan kebahagiaan dan kebaikan kepada orang lain.

Jika kita mau mengadakan penelitian atau research terhadap orang-orang kaya yang hartanya tercampur oleh harta yang tidak halal, baik wujudnya, atau cara mengambilnya, atau belum dizakati, maka kita akan mendapati kehidupan keluarga mereka itu ternyata tidak bahagia sebagaimana yang kita bayangkan. Kebahagiaan yang mereka dambakan ternyata hanya sebagai fatamorgana belaka.

Dalam Al Qur'an surat An Nur ayat 39 Allah swt. telah berfirman:

وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيْعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَآءً حَتَّى اِذَا جَــآءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ؛ وَاللّهُ سَرِيْعُ الحِسَابِ .

" Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungannya".

Jadi harta yang barokah itu sangat besar peranannya dalam mencapai kebahagiaan hidup seseorang, baik di dunia maupun di akhirat. Itulah sebabnya maka Nabi Muhammad saw. pernah bersabda:

طَلَبُ الْحَلاَلِ فَرِيْضَةٌ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ .

"Mencari yang halal itu adalah kewajiban sesudah shalat fardlu".


sekadar berkongsi... ceritera membela mereka yang terus dihimpit kemiskinan tanpa pembelaan...