salam perkenalan







CINTA>>> Category: Life
Cinta..satu ungkapan yang sangat indah jika dimengertikan oleh orang yang faham apa maksud sebenar cinta.Tetapi percintaan itu terdiri dari pelbagai perasaan dan kondisi. Tentang dalam pencarian cinta yang sebenar dan hakiki.
Cinta bagi aku, adalah manis dan pahit. Manis pada awalnya dan pahit bila dilanda dugaan.Kenangan indah semasa bercinta, adalah amat menyegarkan. Kadang-kala, ianya dapat memberi sumber kekuatan dalam diri yang begitu bermakna, bila kita disayangi, dilindungi, dan di manjakan oleh orang yang kita sayang. Aku masih lagi percaya pada kekuatan cinta.
Namun tidak ada cinta yang bahagia selamanya.Pasti ada kedukaan, perkelahian, sakit hati dan sebagainya, yang kadang-kala membuatkan kehidupan kita tidak tentu arah, hilang panduan serta membuatkan kita tidak berupaya untuk menjalani hidup kita seharian. Itulah cinta yang sebenar.
Dan aku tidak pernah mengimpikan untuk jatuh cinta dengan seorang yang amat berbeza dengan apa yang aku idam dan fantasi. Tetapi, itulah yang dihadirkan. Dan dalam aku memikirkan bahawa ianya mungkin satu kesilapan, ternyata Tuhan tidak silap dalam percaturan dan tidak pernah silap.
Mengapa kita sering mencari-cari..sedangkan kita sepatutnya menghargai. Dan mengapa kita perlu tercari-cari sedangkan ia akan hadir sendiri.Percayalah, cinta itu tidak perlu kau kejarkan sentiasa.Cukuplah sekadar kau memahami dan mengikut flow…

No comments: